Ku lihat temanku diam seribu bahasa setiap kali suatu mencabar hatinya.
Namun lengkapkah kesabaran itu jika kemaafan tidak mengisi hati yang dijentik itu?
Tidakkah kamu sedar kesabaran yang tiada kemaafan adalah penyemarak api kemarahan yg membuatkan raut wajahmu menjadi kusam dan bengis ?
Nyata di saat itu kesabaran kamu berada di puncak klimaks.
Untungkah kamu setelah sudah berjuta saat kamu diam seribu bahasa tetapi di kala satu saat itu api kemarahan berjaya terbeluak akhirnya?
Untungkah kamu setelah sudah berkali kamu berjaya melenyapkan api kemarahan tapi di kala saat itu ianya berjaya muncul dengan kemegahan?
Untungkah?
Untungkah?
Untungkah kamu setelah sudah berkali kamu berjaya melenyapkan api kemarahan tapi di kala saat itu ianya berjaya muncul dengan kemegahan?
Untungkah?
Untungkah?
Pabila kamu gagal ketika di puncak klimaks ini, maka persepsi kamu tentang dirinya turut serta berubah.
Hindari semua ini!
Kerana persepsi tersebut sesungguhnya sentiasa ditemani dengan bisikan syaitan.
Bisikan syaitan yang dahsyat!
Yang bisa memberi titik hitam ke dalam hatimu.
Marilah kita mengalungi kesabaran dengan kemaafan.
Kemaafan adalaha seindah-indah kalungan buat kesabaran =)
No comments:
Post a Comment